CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Udang Goreng Mentega

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Tuesday, 18 June 2013

Udang Goreng Mentega

Udang Goreng Mentega juadah yang menyelerakan sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan. Bukan sahaja di bulan puasa, bahkan di hari-hari biasa juadah ini sentiasa digemari. Paling sesuai di makan waktu 'lunch', rangup dan enak.

Resepi ini dipercayai berasal dari jenis makanan cina muslim. Bahan-bahannya juga simple untuk disediakan.   

Bahan-bahan:
  • 200 gm udang harimau (digoreng terlebih dahulu)
  • 250 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sdm minyak masak
  • 5 biji cili padi/cabai kecil/cabai melaka/cabai rawit
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sdm gula pasir
Cara membuat:
  1. Panaskan kuali/wajan dan cairkan mentega dengan sedikit minyak masak/minyak goreng.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan tuangkan ke dalam kuali.
  3. Pukul telur hingga hancur dan strukturnya menjadi halus.
  4. Kemudian masukkan udang yang siap digoreng bersama daun kari dan cili padi. Aduk/gaulkan rata.
  5. Akhir sekali, taburkan dengan gula dan angkat.
  6. Sedia untuk di hidangkan.

*Tips: Pastikan telur dikacau/diaduk selalu agar hancur dan menjadi halus. Gunakan api sederhana.

Saiz hidangan untuk 4 orang.


‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...