CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Asam Pedas Ikan Jenahak/Jenahar

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday, 2 June 2013

Asam Pedas Ikan Jenahak/Jenahar

Asam Pedas sangat sinonim dengan masyarakat Minangkabau dan Melayu, Indonesia dan Malaysia. Rasanya harus berasam dan pedas.  Di Thailand dikenali sebagai "Kaeng som." Di India, hidangan yang hampir sama dikenali sebagai "Macher tak."

Resepi asam pedas juga berbagai variasi, mengikut citarasa setempat.

 ikan yang menjadi pilihan tidak kira samada ikan air masin atau ikan air tawar. Kebiasaannya, ikan yang menjadi pilihan ialah ikan pari, ikan parang, ikan kurau, ikan tenggiri, ikan merah, ikan terubuk, ikan kembung, ikan jenahak, dan lain-lain lagi.

Berikut ini, resepi Asam Pedas Ikan Jenahak/Jenahar yang biasa menjadi hidangan.

Bahan-bahan:
  • 300 gm ikan jenahak
  • 2 batang keladi (dipotong panjang & direbus selama 3 minit)
  • 15 gm bawang merah (dikisar)
  • 10 gm bawang putih (dikisar)
  • 20 gm cili kering (dikisar)
  • 30 gm bunga kantan
  • 50 ml air asam jawa
  • 750 ml air
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
  1. Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan air asam jawa, air, bunga kantan dan batang keladi, biarkan seketika.
  4. Akhir sekali masukkan ikan, kacau rata dan biarkan sehingga masak.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, gaul rata dan angkat.
  6. Sedia untuk di hidangkan.
*Saiz hidangan untuk 2 orang


‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...