CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Kacang Salut Telur Goreng Gurih

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Friday, 14 June 2013

Kacang Salut Telur Goreng Gurih

Sejenis cemilan yang digemari oleh ramai orang. Memakannya menjadi leka dan tidak jemu. Cuma, jangan lupa menyediakan minuman yang dingin kerana memakan cemilan kekacang akan menyebabkan rasa dahaga.

Popular sebagai salah satu menu di Hari Lebaran.

Bahan-bahan:
  • 400 gm kacang tanah (dibuang kulitnya)
  • 10 siung/ulas bawang putih (dihaluskan)
  • 200 ml santan kental
  • 350 gm tepung kanji /tepung ubi kayu
  • 85 gm tepung maizena
  • 2 sdt garam
  • 1/4 sdt biji ketumbar (disangrai/digoreng tanpa minyak)
  • 2 butir kemiri/buah keras (ditumbuk & disangrai/digoreng tanpa minyak)‎
  • 3 butir kuning telur
  • 1 butir telur
  • 200 ml air
  • 1 sdm gula pasir
  • 750 ml minyak goreng/minyak masak.
Cara membuatnya:‎
  1. ‎Sangrai/goreng tanpa minyak kacang tanah yang sudah dibuang kulit hingga matang, Angkat dinginkan.‎
  2. Kemudian campur/gaulkan kacang tanah dengan bawang putih, garam, kemiri/buah keras, gula pasir dan ketumbar. ‎Aduk hingga rata.‎ ‎
  3. Tambahkan 3 butir kuning telur dan satu butir telur, Aduk/gaul hingga sebati.‎
  4. ‎Seterusnya tuangkan santan kental, Aduk/gaul hingga adonan tercampur rata & sebati.‎
  5. Masukkan tepung maizena dan tepung kanji/ubi kayu, Aduk/gaul hingga tercampur rata.dan tambahkan air.‎ ‎
  6. Pisahkan kacang yang sudah bersalut tepung agar tidak menggumpal.‎ ‎
  7. Goreng hingga matang dan warnanya kecokelatan. Angkat, tiriskan.
  8. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan untuk 750 gm.

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...