CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: TOMYAM SEAFOOD

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Wednesday, 1 February 2012

TOMYAM SEAFOOD


Tom Yam Seafood

Tom Yam adalah resepi istimewa negara Thailand dan Laos. Sangat digemari di Malaysia. Bahkan sudah tersaji hampir di seluruh dunia. Terdaftar nombor 8 Makanan Yang Lazat Di Dunia, lapuran CNN.

Resepinya boleh di campur sayur, udang, sotong, ketam, ayam, daging dan sebagainya. Kepelbagaian bahan utama yang digunakan ini, akan memberi rasa yang berbeza dan tersendiri.

Keenakan rasa kuah/sosnya juga, bukan sahaja di makan bersama nasi malah turut dijadikan hidangan ala carte seperti mihun, mi dan kueh teaw tom yam.

Keistimewaan Tom Yam terletak pada rasanya yang keasaman, pedas, manis, beraroma berbagai rempah-rempah.  Penggunaan bahan seperti serai, jus limau purut, daun limau purut, lengkuas, halia dan cili menjadi antara bahan terpenting dalam menyediakan hidangan Tom Yam.



Penambahan gula, susu cair, isi kelapa muda atau santan bersama gabungan rempah-rempah ini, boleh menjadikan kuah/sos tom yam lebih berlemak. Maka tidak hairanlah keseimbangan rasa dalam kuah/sos Tom Yam mampu mengundang selera sesiapa sahaja.

Terdapat berbagai varieti Tom Yam:
  • Tom yum goong or tom yam kung, udang menjadi bahan utama.
  • Tom yam nam khon (Thai); bahan utama udang di campur isi kelapa muda dan santan, cili padi/cabai rawit.
  • Tom yam kung maphrao on nam khon; udang bersama isi kelapa muda dan santan.
  • Tom yum paa (Laos) or tom yam pla (Thai);  sup ikan di makan bersama nasi; ikan jenis dagingnya yang tidak mudah hancur apabila dimasak adalah menjadi pilihan.
  • Tom yum gai or tom yam kai; bahan utama ialah daging ayam.
  • Tom yum po taek (Laos) or tom yam thale (Thai); berbagai jenis bahan seafood (makanan laut) sepetti udang, sotong kecil/cumi, ketam dan ikan. Ada varieti terbaru, adakala di campur dengan cendawan/jamur atau tiram.
Bagi sesiapa yang berminat, berikut ini adalah varieti Tom Yam Thale (Thai).

Bahan-bahan:‎
1) 15 ekor udang‎
‎2) 15 ekor sotong/cumi (dipotong)‎
‎3) 1 ekor ketam bunga/kepiting besar (dipotong)‎
‎4) 5 ekor lala/kerang‎
‎5) 3 batang serai (diketuk)‎
‎6) 5 cm lengkuas/laja (diketuk)‎
‎7) 2 ulas/siung bawang putih (diketuk)‎
‎8) 1 sdt biji ketumbar (ditumbuk)‎
‎9) 3 helai daun selasih‎
‎10) 1 biji tomato (dicincang halus)‎
‎11) 1 biji bawang besar/Bombay (dipotong bulat)‎
‎12) 2 biji cendawan hitam
‎13) 2 sdt gula putih
‎14) 5 biji cili padi/cabai rawit (diketuk)
15) Garam secukup rasa ‎
16) Perasa secukup rasa
‎17) 120 ml air‎
Cara Memasaknya:‎
  1. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan pula bawang putih, bawang besar, ‎ketumbar, serai, lengkuas dan tomato yang dicincang halus.‎
  2. Bila air sudah mendidih, masukkan udang, sotong, ketam dan lala. Aduk/kacau rata.‎
  3. ‎Perasakan dengan garam, gula dan perasa.‎
  4. ‎Akhir sekali, masukkan cendawan dan daun selasih. Aduk/kacau rata dan angkat.‎
  5. ‎Sedia untuk dihidangkan.
* ‎  Saiz hidangan untuk 4 orang

Sila Mencuba !!!

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...