CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: LAKSA KUALA PERLIS

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Saturday, 11 February 2012

LAKSA KUALA PERLIS

 
Laksa Kuala Perlis menjadi sebutan ramai, tidak hairanlah ia menjadi salah satu keistimewaan yang terdapat di Kuala Perlis. Kunjungan ke Kuala Perlis pasti tidak lengkap jika tidak merasai kelazatan Laksa Kuala Perlis yang sememangnya menjadi kegemaran penduduk di sana.

Bahan utamanya ialah laksa tepung beras. Kuahnya agak pekat kerana banyak menggunakan bahan ikan. Dikatakan juga kuah yang paling enak di buat dari belut.

Hidangannya asli tradisional dan simple. 
 
Kuala Perlis adalah salah satu destinasi perlancongan yang terdapat di Malaysia. Ia juga merupakan pusat nelayan, dan sebagai pelabuhan untuk menuju ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi adalah destinasi perlancongan berkelas tinggi terkenal di seluruh dunia.

Laksa, rata-rata hampir sama cara penyediaanya, begitu juga dengan Laksa Kuala Perlis. Berikut ini salah satu dari resepi Laksa Kuala Perlis, bahan kuahnya bukan dari belut tetapi ikan.

Bahan-Bahan:
  • 4 kg laksa beras (direbus & ditoskan)
  • 3 kg ikan kembung (dibersihkan)
  • 2 kg ikan selayang (dibersihkan)
  • 2 batang bunga kantan (dihiris)
  • 10 tangkai daun kesum (dihiris)
  • 10 keping asam gelugur
  • 12 liter air
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:
  • 1 kg bawang besar
  • 1/2 kg cili kering
  • 100 gm belacan (terasi)
Bahan Hiasan:
  • 30 biji telur (direbus & dibelah dua)
  • 200 gm cili padi (dihiris)
  • 10 tangkai daun selom (dihiris)
  • 5 biji timun (dihiris nipis)
  • limau kasturi (dibelah dua)
Cara Penyediaan:
  1. Rebus ikan kembung dan ikan selayang. Asingkan bahagian isi dan tulang ikan, kisar sehingga hancur dan tapiskan.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ikan tadi.
  3. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasakan. Biarkan mendidih dan angkat.
  4. Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.
  5. Akhir sekali tuangkan kuah ke atasnya.
  6. Seperkara lagi, lazimnya laksa di makan bersama dengan pati udang; untuk 1 mangkuk memadai setengah sudu kecil pati udang untuk di tambah sebagai bahan perasa. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 30 orang
Selamat mencuba !!!

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...