CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: NASI KEBULI

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Wednesday, 8 February 2012

NASI KEBULI


Nasi kebuli, resepi berasal dari rantau Timur Tengah, terutama negara Yamen. Terus menjadi popular di kalangan masyarakat India. Ia adalah dari varieti Nasi Briyani, sehingga kadangkala di kira sebagai nasi briyani.

Resepi ini lansung menjadi popular di Indonesia, di bawa oleh para komuniti Arab sejak berabad lamanya, dengan adunan tersendiri mengikut citarasa masyarakat Indonesia. Di Malaysia, nasi kebuli  tidak begitu popular, paling di terima di kalangan negeri/provinsi Pahang.

Oleh kerana wilayah nusantara kaya dengan rampah ratus, maka Nasi Kebuli Indonesia seringkali menggunakan kekayaan rempah ratus yang di adun dengan nasi dan bahan utama iaitu daging kambing.


Berikut ini ialah salah satu dari resepi istimewa nasi kebuli dari Indonesia.
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg beras wangi (dibersih dan ditoskan)
  • 4 sdm margarin
  • 150 g bawang bombay (dicincang)
  • 10 cm kulit kayu manis
  • 1/2 butir biji pala (tumbuk)
  • 5 butir bunga cengkih
  • 8 butir buah pelaga/kapulaga
  • 300 g daging kambing (dipotong, saiz ikut citarasa)
  • 500 ml air
  • 750 ml susu cair/santan
BAHAN YANG DIKISAR (DIHALUSKAN):
  • 10 butir bawang merah
  • 5 ulas/siung bawang putih
  • 4 cm halia/jahe
  • 1.5 sdm ketumbar (sangai)
  • 1/2 sdt lada putih/merica (sangai)
  • 2 sdt garam
BAHAN HIASAN:
  • 3 sdm bawang merah (digoreng)
  • 2 sdm kismis
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan mentega hingga mencair, masukkan bahan kisar, aduk hingga harum dan masak.
  2. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga/kapulaga, kacau/aduk hingga naik bau.
  3. Tambahkan daging kambing, kacau/aduk hingga masak.
  4. Masukkan air, masak hingga daging kambing hampir lunak/empuk dan kuah pekat, angkat.
  5. Kukus beras selama 30 menit hingga setengah masak/matang, angkat.
  6. Setelah itu masukkan beras ke dalam panci/periuk, tuangkan susu/santan, masak di atas api perlahan dan kacau hingga sebati.
  7. Kemudian masukkan daging kambing tadi, aduk rata hingga susu/santan mengering, angkat.
  8. Kukus kembali selama 30 menit hingga masak, angkat.
  9. kemudian taburkan bawang goreng dan kismis.
  10. Sedia dihidangkan.
* Saiz hidangan untuk 8 orang

‎‎‎

2 comments:

  1. akak , saya dah try masak nasi kebuli ni ,. sedapnyaaa kak ., thanks for the recipe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, ummi azmi! terima kasih banyak-banyak & u r wlcm.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...