CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: LAKSA THAILAND

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Saturday, 11 February 2012

LAKSA THAILAND



Laksa Thailand, Thailand adalah sebuah negara tetangga kepada Malaysia. Banyak resepi masakannya mempengaruhi selera warga Malaysia, kerana warga Malaysia sendiri terdiri dari berbilang bangsa, meskipun yang utama ialah orang Melayu, Jawa, Minangkabau dll. Perlu diketahui bahawa di Thailand juga terdapat ramai kaum Melayu beragama islam.

Laksa Thailand rasanya lemak dan pedas. Memang cara penyediaannya banyak dipengaruhi oleh warga Melayu, tetapi sikap hidup warga Thailand yang suka berniaga, terutamanya orang-orang Melayu di Thailand, mereka tidak mahu ketinggalan dalam resepi laksa.



Bahan Utama:    
  • 600gm bihun kasar (di celur dan ditoskan)
Bahan Kuah:
  • 7 ekor ikan kembung/sardin
  • 3 cm lengkuas (dikisar)
  • 1 biji kelapa parut (diambil santan)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 sdm besar minyak
  • asam jawa secukupnya (dibancuh dengan air)
  • gula & garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
  • 6 biji cili kering
  • 5 labu bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2.5 cm belacan (terasi)
Bahan Hiasan:
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji timun (dihiris nipis)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
  • 1/2 kubis putih (dihiris halus)
  • 1 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • tauge secukupnya
  • daun sup/saleri (dihiris
Cara Penyediaan:
  1. Ikan dibersihkan dan direbus, setelah itu masak ambil isinya dan dihancurkan/di blend.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar bersama belacan, kacau hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan santan dan kacau/aduk hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan isi ikan, daun limau purut, lengkuas, serai, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Renehkan selama 10 minit hingga masak.
  6. Hidangkan dengan meletakkan bihun yang telah dicelur ke dalam magkuk dan taburkan bawang goreng serta bahan-bahan hiasan yang lain, tuangkan kuah.
  7. Jika suka, anda boleh tambahkan otak udang ataupun ayam goreng.
  8. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba !!!

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...