CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: RENDANG TOK

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Monday, 6 February 2012

RENDANG TOK

Foto ehsan dari Dapur Ida, Japan



Rendang Tok, the best from Perak!!!

Hidangan teristimewa dari Perak, salah satu negeri/provinsi di Malaysia. Ia merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri.

Resepi Rendang Tok adalah warisan turun temurun sejak zaman berzaman. Jenis masakan yang melibatkan daging di adu bersama rempah dan bahan-bahan tradisional lain, seringkali di masak hingga kering warna kehitaman.

Rendang Tok memang enak. Di makan bersama nasi, atau dengan ketupat mahu pun lemang, terutama waktu lebaran. Ianya boleh di simpan lama tanpa basi.


Bagi sesiapa yang beminat, berikut adalah cara menyediakannya.

BAHAN-BAHAN:
  • 600gm daging batang pinang
  • 1 sdm asam jawa (dibancuh dengan air 100ml)
  • 150gm kelapa parut (dibuat kerisik)
  • 2 liter santan
  • 3 sdm gula melaka/merah
  • 100ml minyak masak
  • garam secukup rasa
BAHAN YANG DIKISAR/DIHALUSKAN:
  • 3 sdt ketumbar
  • 2 sdt jintan manis
  • 1 sdt jintan putih
  • 1 sdt lada hitam
  • 18 tangkai cili kering
  • 3 biji buah keras/kemiri
  • 2 biji bawang merah besar
BAHAN TUMIS:
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas/siung bawang putih (dihiris)
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
  1. Perap daging bersama semua bahan kisar, gula melaka, air asam jawa, sedikit santan dan garam, biarkan seketika dan ketepikan.
  2. Setelah itu panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis, kacau/aduk sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga 15 minit, tuangkan baki/sisa santan, kacau/aduk sekali sekala sehingga kuah tinggal separuh.
  4. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi hingga kering.
  5. Masak dengan api perlahan sambil dikacau/diaduk tanpa henti hingga kering.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.
* Saiz hidangan untuk 4 orang
   Sila Mencuba!!!

‎‎‎

2 comments:

  1. Amaun rempah yg digunakan terlalu banyak (mengunakan sdm sebalik sdt) overpower ramuan seperti serai, lengkuas & halia menjadikan rendang tok rasa macam masakan India. Saya rekomen ketumbar, jintan manis/putih & lada hitam menggunakan sukatan sudu teh sahaja.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komen dan nasihat anda. pastinya anda lebih arif dengan masakan istimewa Malaysia ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...