CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Kuih Biji Ketapang Manis

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 16 June 2013

Kuih Biji Ketapang Manis

Kuih Biji Ketapang Manis, kuih yang sering menjadi cemilan 'popular' di Hari Lebaran pada warga Indonesia.

Di Malaysia, kuih ini dikenali sebagai Kuih Gunting Manis, dan pada masyarakat India yang merupakan sebahagian dari warga Malaysia, kuih ini di sebut juga Muruku Gunting Manis.

Kuih ini bukannya di buat dari bahan biji ketapang, tetapi cuma nama kuih. Mungkin kerana bentuk kuih ini seperti biji ketapang, maka ianya di sebut begitu.  

 

Bahan-Bahan:‎
  • 450 gm tepung terigu/gandum
  • 150 gm gula pasir‎
  • 2 butir telur ayam‎
  • 50 gm margarin‎
  • 1/4 sdt serbuk/bubuk vanili
  • 8 sdm susu cair‎
  • 100 gm kelapa parut disangrai (digoreng tanpa minyak hingga kering kekuningan, setelah itu ditumbuk halus)
  • minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:‎
  1. ‎Pukul/kocok (boleh guna mixer) gula pasir, margarin, dan serbuk vanili  hingga lembut.‎
  2. Tambahkan telur, pukul/kocok sekali lagi hingga rata.‎
  3. ‎Masukkan tepung terigu/gandum dan kelapa sangrai halus secara bergantian dengan susu cair ‎sambil diaduk rata.‎ ‎
  4. Pastikan adunan sudah kalis/kental, lalu gulung setiap 100 gm adunan menjadi bentuk silinder ‎diameter 1 sm.
  5. Kemudian potong menyerong 1 sm. ‎
  6. Goreng di dalam minyak panas diatas api kecil hingga matang dan berwarna ‎kecokelatan. lalu angkat dan tiriskan, kemudian biarkan dingin.‎
  7. Sedia untuk dihidangkan.
*Tips : Untuk menjaga keranggupannya simpan dalam stoples/balang dan tutup rapat.

Saiz hidangan untuk 700 gram.


‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...