CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: MEE REBUS JOHOR

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Tuesday, 23 April 2013

MEE REBUS JOHOR

Mee Rebus adalah hidangan mee yang masyhur di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.

Mee adalah masakan yang berasal dari masyarakat Cina, dan sudah diterima oleh masyarakat beberapa negara Asia Tenggara.

Setiap negara, setiap negeri, setiap daerah mempunyai kelainan tersendiri dalam menyediakan Mee Rebus. Masing-masing menurut rasa dan selera penduduk/warga setempat.

Johor adalah salah sebuah negeri/provinsi Malaysia, berjiranan/tetangga dengan negara Singapura. Berikut ini adalah resepi Mee Rebus Johor.


Bahan A:
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 300 gm tauge segar (dicelur)
  • 3 keping tauhu (digoreng & dipotong)
  • 3 biji telur rebus (belah 2)
  • cili hijau (dihiris)
  • daun sup/saleri
  • bawang goreng
  • limau kasturi (ambil jusnya) 
  • *dan kicap lemak masin jika suka
Bahan B (dikisar/dihaluskan):
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah besar
  • 1 biji buah keras/kemiri
  • 100 gm cili kisar/giling
  • 2.5 sm halia
  • 3 batang serai
  • 1.5 sm lengkuas muda
Bahan C (Bahan Kuah):
  • 4 sdm rempah kari daging
  • 1 sdm serbuk ketumbar
  • 100 gm udang kering/ebi (direndam & dikisar)
  • 250 gm keledek/ubi (direbus empuk & dibuang kulit dan dilenyek lumat)
  • 200 gm daging kisar (direbus)
  • 200 gm isi udang (dikisar)
  • 125 ml air asam jawa
  • 1 liter air 
  • garam secukup rasa 
  • gula secukupnya
  • bahan perasa secukupnya
 Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah kari dan serbuk ketumbar sehingga garing.
  2. Masukkan bahan kisar (B), kacau/aduk hingga sebati dan garing.
  3. Kemudian masukkan air, ubi keledek, daging kisar/giling dan isi udang, kacau/aduk sehingga mendidih.
  4. Setelah itu masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa secukupnya, kacau lagi hingga rata dan kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah.
  6. Hiaskan dengan tauge, tauhu, telur rebus, cili hijau, daun sup/saleri, bawang goreng dan limau kasturi.
  7. Sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan untuk 6 orang
Selamat mencuba !!!

‎‎‎

1 comment:

  1. Mee rebus Johor...suka makan,tapi selalu beli jer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...