CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: SIPUT SEDUT BATANG KELADI

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 21 April 2013

SIPUT SEDUT BATANG KELADI


Masakan Laut ini salah satu dari masakan yang selalu di jual di gerai-gerai di Malaysia. Kerapkali ia di beli dalam bungkusan untuk di bawa balik dan di makan di rumah. Mungkin kerana memakan isi siput perlu di sedut dari cengkerangnya.

Masakan laut ini juga merupakan masakan kegemaran warga-warga di sini. Masakan ini tidak pernah ketinggalan menjadi salah satu menu yang sering di jual di Pasar Ramadhan sewaktu bulan Ramadhan 




BAHAN-BAHAN:
  • 2 batang keladi (dipotong & direbus selama 3-5 minit)
  • 200 gm siput sedut
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • santan secukupnya
BAHAN KISAR:
  • 15 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan kuali/wajan, masukkan bahan kisar dan sedikit air.
  2. Masukkan siput, biarkan ia mendidih seketika.
  3. Kemudian masukkan batang keladi, daun kunyit dan serai.
  4. Setelah itu masukkan santan, garam, gula dan perasakan, kacau/aduk hingga sebati.
  5. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
*Saiz hidangan untuk 2 orang

NOTA: "Cara Membersihkan Siput Sedut." 
Cara membuatnya:
  1. Bahan diperlukan ialah hampas kelapa.
  2. Masukkan siput sedut yang telah di bilas dengan air ke dalam bekas.
  3. Kemudian masukkan hampas kelapa, gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi ke semua siput tadi, lebih bagus dibiarkan semalaman.
  4. Basuh/cuci siput tadi sehingga bersih dan barulah anda boleh memotong hujung bahagian cengkerang siput itu sebelum di masak.
  5. Bukan saja bau lumpur akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila di masak.
Selamat mencuba !!!

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...