CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Bubur Jagung Manis

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 14 April 2013

Bubur Jagung Manis

Jagung adalah salah satu dari makanan antarabangsa. Semua orang kenal jangung. Ia mengandungi vitamin B-Kompleks, B1, B3, B5 dan asid/asam folik. Juga sumber terbaik vitamin C (*vitamin C mudah musnah dengan haba/masakan) dan zat gizi manganese.

Keistimewaan jagung terletak pada zat "phyto": anthocyanins, beta-carotene, asid/asam caffeic, asam/asid coumarik, asid/asam ferulik, lutein, asid/asam syringik, asid/asam vanillik, asid/asam protocatechuik dan zeaxanthin. Zat phyto ini merupakan anti-oksidan yang sangat berkesan melawan kesan radikal bebas yang acapkali merosakkan sel-sel tubuh. Jagung sangat baik untuk kesihatan.
 
Justru, sangat dianjurkan selalu memakan resepi yang melibatkan jagung. Bubur jagung tidak asing pada masyarakat Malaysia dan Indonesia.   




Bahan-bahan:
  • 5 buah jagung manis (siat guna pisau dan ambil biji-bijinya sahaja)
  • 500ml santan kental
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • air secukupnya
  • sedikit garam
Cara membuat:
  1. Basuh biji-biji jagung hingga bersih, toskan.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan rebus jagung bersama daun pandan hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan santan, gula melaka dan sedikit garam, kacau sebati.
  4. Masak hingga mendidih.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...