CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Bubur Pulut (Ketan) Hitam

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 14 April 2013

Bubur Pulut (Ketan) Hitam

Pulut atau Ketan (Ind) Hitam, suatu ketika dahulu merupakan makanan telarang pada rakyat biasa China, sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing.

Kajian saintis menunjukkan Pulut Hitam kaya dengan zat makanan dan mengandungi kesemua 18 jenis asam/asid amino dan zat gizi besi, zinc, copper/tembaga, karotin, anti-oksidan anthocyanin dan beberapa jenis vitamin terutama vitamin E.

Anthocyanin adalah sejenis anti-oksidan yang boleh merendahkan kadar kolesterol mudharat lipoprotein (LDL), justru mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan beberapa jenis penyakit lain.

Bubur Pulut atau Ketan (Ind) Hitam adalah salah satu sajian yang sangat terkenal pada masyarakat Melayu, Nusantara Indonesia, Thailand, bahkan negara-negara rantau Asia Tenggara dan China. Merupakan hidangan popular di waktu petang/sore.

Di Malaysia, Bubur Pulut Hitam semakin menjadi trend sebagai salah satu sajian dalam majlis resepsi.   


Bahan-bahan:
  • 1 cawan pulut/ketan hitam (rendam semalaman)
  • 2 ketul gula melaka
  • 500ml santan (kara)
  • 1 helai daun pandan
  • air secukupnya
  • dan sedikit garam
Cara membuat:
  1. Basuh beras pulut hitam hingga bersih, toskan.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan rebus beras pulut bersama daun pandan hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan gula melaka dan sedikit garam.
  4. Seterusnya masukkan santan kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih.
  5. Sedia untuk dihidangakan.
*Sila Mencoba!!!
‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...