CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Bubur Kacang Hijau & Durian

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 14 April 2013

Bubur Kacang Hijau & Durian

Kacang Hijau adalah salah satu dari kerabat kekacang yang sangat kaya dengan zat makanan. Di anggap sebagai bahan makanan yang hebat "exotic", salah satu yang terbaik dan murah di dunia. Kandungan zat makanan didalamnya menyihat dan menyuburkan tubuh.

Mengandungi zat "phyto", zat gizi, vitamin-vitamin dan nilai anti-oksidan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh. Tidak mengandungi kolesterol.

Kacang Hijau kaya vitamin B9 (asam/asid folik), sangat diperlukan untuk penghasilan DNA di dalam sel-sel tubuh, sangat baik untuk wanita hamil dan bayi kandungannya. Juga kaya dengan vitamin B-kompleks yang lainnya seperti B5 (asid/asam pantothenik, B3 (niacin), B1 (thiamin), dan B6 (pyridoxine).

Kaya dengan vitamin C dan K, sangat baik untuk pembinaan otot dan ketumpatan tulang. Terdapat juga vitamin A, penting untuk kesihatan lapisan kulit dan mata. 

Di samping itu, kacang hijau kaya dengan zat gizi seperti kalsium, besi, copper/tembaga, zinc, dan manganese. Juga zat phyto seperti "phytosterols". Juga mengandungi unsur anti-oksidan "flavonoids" seperti karotin, lutein and zea-xanthin yang memelihara tubuh dari serangan radikal bebas (radikal bebas merosakkan tubuh).


Bubur Kacang Hijau adalah salah satu dari resepi yang sangat digemari oleh warga/rakyat Malaysia dan Nusantara. Apabila di adun dengan durian, bubur kacang hijau menjadi resepi yang istimewa. Baunya wangi, harum, membangkitkan selera!!! 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 buah durian (ambil isi/dagingnya sahaja)
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 500ml santan (kara)
  • air secukupnya
  • dan sedikit garam
Cara membuat:
  1. Basuh kacang hijau hingga bersih, toskan.
  2. Didihkan air dan masukkan kacang hijau dan daun pandan, rebus hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan santan, gula melaka,dan garam, kacau selalu agar tidak pecah santan.
  4. Seterusnya masukkan buah durian dan masak hingga mendidih.
  5. Sedia untuk dihidangkan. 
Selamat Mencoba!!!


 
‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...