CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Kurma Daging Kambing

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday, 21 April 2013

Kurma Daging Kambing


Masakan Kurma berasal dari resepi kerajaan Mughal (sekarang Pakistan dan India Utara) abad ke-16. Menjadi masakan istimewa kerajaan Mughal yang ketika itu menguasai sehingga ke Bangladesh.

Kurma adalah hidangan dari adunan daging atau sayuran yang di masak dengan pati kurma/kaldu/stock, yogurt/susu krim, dalam periuk/panci dengan sedikit air dan api yang kecil.

Daging yang di masak umumnya daging kambing, bibi-biri, ayam, atau lembu. Antaranya, daging kambing masak kurma boleh dianggap istimewa, dan selalu menjadi hidangan terutama dalam majlis resepi. Di bawah ini disediakan resepi daging kambing masak kurma.



Bahan-bahan:
  • 6 kg daging (di hiris)
  • 3 kg ubi kentang (di belah 4)
  • 1 kg santan
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak masak 
Bahan kisar: 
  • 3 kg bawang besar
  • 1/2 kg bawang putih
  • 400 gm halia
  • 300 gm lengkuas
  • 500 gm rempah kurma
  • 10 batang serai
Bahan tumis:
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga lawang
  • 10 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan (di simpul)
Cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis, kacau sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan hingga kekuningan.
  3. Seterusnya masukkan daging dan santan, gaul dan biarkan sehingga daging empuk.
  4. Setelah itu masukkan ubi kentang dan masak hingga empuk.
  5. Akhir sekali tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap....
*saiz hidangan untuk 60 orang

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...