CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: Bubur Kacang Merah (Kidney Beans)

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Monday, 15 April 2013

Bubur Kacang Merah (Kidney Beans)

 
Kacang Merah atau juga dikenali sebagai Kidney Beans/Kacang Ginjal. Sejenis kacang yang sangat kaya dengan zat gizi kelumit "molybdenum", zat yang menjadi sebahagian dari enzim "sulfite oxidase." Enzim ini bertindak menyirna toksin/keracunan "sulfite", iaitu bahan pengawet yang sering digunakan pada bahan makanan. Sesiapa alahan pada pengawet sulfite ini akan mengalami denyutan jantung tak menentu, sakit kepala atau pening-pening loya. Justru, kacang merah adalah baik untuk mereka yang mengalami gejala ini.

Kacang Merah sangat baik untuk kesihatan tubuh manusia. Setiap cawan (177.00 gm), Kacang Merah mengandungi zat makanan seperti berikut: zat gizi utama dan kelumit "molybdenum" - 177%, manganese - 38%, phosphorus - 24.4%,  besi - 21.8%, potassium - 20.4%, copper/tembaga - 19%, dan magnesium - 18.5%.

Vitamin: B9 (folate) - 57.5%, vitamin B11 (asid pteryl-hepta-glutamik) - 8.6%, dan vitamin K - 18.5%. ‎

Protein - 30.7%,  tryptophan (sejenis asam amino baik untuk tumbesaran kanak-kanak dan juga orang dewasa) - 56.2%, serat makanan - 45.3%,  dan kalori - 12%.   


Ini sajian Bubur Kacang Merah yang simple. Harus ambil ingatan, Kacang Merah tidak mudah empuk. Harus agak lama merebusnya. 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang merah (direndam selama 1jam)
  • 2 ketul gula melaka
  • 500ml santan kental
  • 1 helai daun pandan
  • air secukupnya
  • dan sedikit garam


 Cara membuat:
  1. Basuh kacang merah hingga bersih, toskan.
  2. Didihkan air di dalam periuk dan rebus kacang merah hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan santan, gula melaka, daun pandan, dan sedikit garam. kacau hingga sebati.
  4. Masak hingga mendidih dan angkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencoba!!!


‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...