CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: NASI KERABU KUNING

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 5 February 2012

NASI KERABU KUNING



Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan. Biasanya nasi kerabu di makan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman/lalap lain.

Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.



BAHAN NASI DAN ULAM:
  • 1 kg beras wangi
  • 1 ikat daun ulam raja (dihiris halus)
  • 1 ikat daun ulam/lalap selom (dihiris halus)
  • 1 ikat daun kesom (dihiris halus)
  • 1 batang bunga kantan (dihiris halus)
  • 3 batang kacang panjang (dihiris halus)
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • daun limau purut secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
Cara Memasak:
  1. Bersihkan beras dan tanak bersama serai, daun limau purut serta serbuk kunyit, biarkan sehingga masak dan ketepikan.
  2. Kemudian masukkan semua ulam-ulam mentah dan kacang panjang, gaul hingga sebati.
  3. Sedia dihidangkan.
BAHAN LAUK PAUK KERABU:
  • 1 kg ikan selayang/kembung
  • 100 gm tepung gandum
  • 2 sdt serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
  1. Bersihkan ikan, kemudian gaul ikan bersama serbuk kunyit yang telah di campur tepung gandum dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
  3. Siap dihidangkan.
BAHAN TAMBAHAN/HIASAN:
  • 1 kg keropok ikan (digoreng)
  • 3 biji telur masin (direbus dan dibelah dua)
  • budu secukupnya
  • 2 lembar daun limau purut
  • 4 biji cili padi
  • 2 sdm cili giling
  • kelapa parut secukupnya (dicampur dengan isi ikan)
Cara Membuatnya:
  1. Untuk sambal budu: tumis budu bersama daun limau purut dan cili padi.
  2. Untuk sambal kelapa: Rebus sedikit ikan dan ambil isinya, sangai kelapa parut bersama isi ikan tadi dan campurkan sedikit cili giling.
  3. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi kerabu.
*Saiz hidangan untuk 6 orang.
Sila mencuba !!!


‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...