CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: NASI DAGANG ‎KELANTAN I

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Friday 3 February 2012

NASI DAGANG ‎KELANTAN I

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan (2 negeri/provinsi dari 13 negeri-negeri di Malaysia). Kalau menziarahi negeri Kelantan auat Terengganu pasti akan bertemu dengan resepi Nasi Dagang yang di jual di warung-warung dan restoran-restoran. Terutamanya sebagai resepi untuk sarapan. 

Nasi ‎dagang Terengganu biasanya di perbuat daripada campuran beras biasa dan beras pulut/ketan. Kedua-duanya ‎di masak bersama santan kelapa.

Nasi dagang Kelantan pula biasanya bewarna ‎merah kerana menggunakan beras merah dikenali 'beras dagang'.‎

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang di masak dengan ‎menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa).

Ikan yang menjadi lauk, biasanya ikan tongkol yang bersaiz besar, di potong. Selain itu acar timun juga disediakan sebagai pelengkap resepi.‎

Nasi dagang dikenali sedemikian kerana mempunyai hanya satu jenis lauk (tanpa acar ‎timunnya). Mudah bagi mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk ‎yang banyak.



Berikut ini ialah resepi Nasi Dagang Kelantan:

Bahan Untuk Nasi:‎
  • ‎2 kg beras merah‎
  • ‎1 ½ biji kelapa parut
  • ‎10 biji bawang merah (dihiris)‎
  • ‎1 sm halia/jahe (dihiris)‎
  • ‎1 ½ sdm halba
  • Garam secukup rasa
Bahan Untuk Lauk:‎
  • ‎1 ekor ikan tongkol (dikukus)‎
  • ‎250 ml santan‎
  • ‎2 sdm rempah ikan‎
  • ‎10 ulas/siung bawang merah (dikisar/dihaluskan)‎
  • ‎1 ulas bawang putih (dikisar)‎
  • ‎2.5 sm halia/jahe (dikisar)‎
  • ‎2.5 lengkuas/laza (dikisar)‎
  • ‎3 keping asam gelugur‎
  • ‎5 sdm cili giling‎
  • ‎6 biji cili padi/cabai rawit (diketuk)‎
  • Gula melaka/merah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukupnya
Bahan Acar:‎
  • ‎1 biji timun (dihiris memanjang)‎
  • ‎1 biji lobak merah/wortel (dihiris memanjang)‎
  • ‎1 biji cili merah (dhiris bulat)‎
  • ‎1 biji bawang besar (dihiris)‎
  • ‎3 sdm cuka‎
  • ‎2 biji jus limau nipis‎/jeruk limo
  • Gula pasir secukupnya
  • Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:‎
  • 4 biji telur rebus (dibelah dua)‎
Cara Memasak:‎
  1. ‎Beras dibersihkan kemudian di rendam selama 2 jam.‎
  2. ‎Kemudian toskan dan di kukus.‎
  3. ‎Kelapa di ambil santannya 500 ml santan pekat dan 1 liter santan cair.‎
  4. ‎Setelah kembang pada kukusan yang pertama masukkan santan cair dan kukus sekali lagi.‎
  5. ‎Setelah separuh masak, angkat dan masukkan santan pekat, bawang merah, ‎halia, halba dan garam secukup rasa.‎
  6. ‎Kemudian kukus lagi hingga sebati dan masak.‎
  7. ‎Untuk membuat gulai ikan, masukkan santan ke dalam periuk.‎
  8. ‎Kemudian masukkan cili giling, bahan yang di kisar, rempah ikan dan asam keping.‎
  9. ‎Setelah itu masukkan ikan tongkol yang di kukus tadi.‎
  10. ‎Biarkan ia mendidih dengan api kecil.‎
  11. Kemudian masukkan garam, gula, dan bahan perasa secukupnya, aduk/kacau rata-rata.‎
  12. ‎Biarkan kuah menjadi agak pekat, tutup api dan angkat.‎
  13. ‎Untuk membuat acar, masukkan semua bahan acar ke dalam mangkuk, kacau/aduk hingga ‎sebati.‎
  14. ‎Hidangkan bersama nasi dagang tadi.‎
* Saiz hidangan untuk 4 orang.

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...