CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: NASI DAGANG TERENGGANU

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 5 February 2012

NASI DAGANG TERENGGANU


Ini pula resepi Nasi Dagang ala Terengganu. Sebenarnya berbagai  cara menyediakan resepi nasi dagang oleh penduduk/ warga Kelantan dan Terengganu (Malaysia), dan negeri  Pattani, Yala dan Narathiwat (Selatan Thailand) iaitu 3 negeri rata-rata penduduk/warganya tergolong dari orang-orang Melayu juga tetapi di bawah pemerintahan Thailand.

Sudah menjadi tradisi, Nasi Dagang menjadi resepi untuk sarapan. Diperkatakan bahawa nasi dagang yang paling popular di Terengganu ialah dari Kampung Ladang.


BAHAN UNTUK NASI:
  • 1 kg beras wangi
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 5 sm halia (dimayang/dicincang)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • 1 sdt halba
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:
  1. Bersihkan beras dan rendam selama 15 minit, toskan.
  2. Seterusnya, panaskan periuk kukusan dengan air yang mendidih.
  3. Gaulkan beras dengan bawang merah, halia hingga sebati, kukus selama lebih kurang 30 minit.
  4. Apabila hampir masak, gaulkan nasi dengan garam dan santan, kukus sekali lagi selama lebih kurang 10 minit.
BAHAN GULAI IKAN TONGKOL:

Bahan A:
  • 1 ekor ikan tongkol (dipotong)
  • 6 keping asam gelugur
  • air secukupnya
Bahan B:
  • 1 liter santan
  • 5 biji bawang merah (dikisar/dihaluskan)
  • 3 ulas/siung bawang putih (dikisar)
  • 5 sm halia/jahe (dikisar)
  • 4 sdm cili giling
  • 4 keping asam gelugur
  • 7 biji cili padi/cabai rawit (dibelah)
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • 1/2 sdt jintan manis
  • 1/2 sdt jintan putih
  • 1/2 sdt ketumbar
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya perasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasaknya:
  1. Rebus bahan A sehingga masak dan asingkan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, cili giling, serbuk kunyit, jintan manis, jintan putih dan ketumbar sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daun pandan, santan dan sedikit air, kacau/aduk hingga naik minyak.
  4. Seterusnya masukkan asam keping dan cili padi/rawit, biarkan seketika.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan tongkol dan perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.
BAHAN ACAR MENTAH:
  • 1 biji timun (dihiris)
  • 1 biji lobak merah/wortel (dihiris)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • cuka secukupnya
Cara Membuatnya:
  1. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  2. Hidangkan bersama nasi dan gulai ikan tongkol.
* Saiz hidangan untuk 6 orang

Pada yang berminat, selamat mencuba !!!
‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...