CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: LAKSA PERAK

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Tuesday 7 February 2012

LAKSA PERAK


Laksa, sejenis resepi yang berasal dari turun-temurun orang Melayu di Malaysia. Laksa bukan sahaja digemari oleh orang-orang Melayu tetapi juga orang-orang Cina, terutama pada keturunan Cina di negeri/provinsi Melaka yang bercampur dengan Melayu, disebut "masyarakat peranakan".

Terdapat banyak varieti pada penyediaan laksa dari satu negeri kesatu negeri. Perbedaan selalunya di segi bahan yang digunakan mengikut citarasa tersendiri.

Penyediaannya ringkas, tetapi rasanya agak pedas, sangat menyelerakan. 

Berikuti ini adalah laksa dari negeri Perak. Ia menggunakan bahan laksa yang diperbuat dari tepung beras dan bahan kuahnya diperbuat dari ikan kembung.

BAHAN-BAHAN: 
  • 1 kg laksa beras 
  • 1 kg ikan kembung 
  • 10 keping asam gelugur 
  • 3 kuntum bunga kantan 
  • 1 ikat daun kesum 
  • 5 biji bawang besar 
  • 9 tangkai cili kering 
  • 2.5cm belacan 
  • 1 liter air 
  • garam secukup rasa&
  • gula secukup rasa 
  • perasa secukupnya 
BAHAN HIASAN: 
  • 2 biji timun (dihiris nipis) 
  • 1 tangkai daun salad (dihiris) 
  • 3 biji cili merah (dihiris) 
  • 1 biji bawang besar (dihiris) 
  • 2 biji limau nipis (dibelah dua) 
  • 2 biji telur rebus (dibelah dua) 
CARA MEMASAKNYA: 
  1. Ikan di rebus bersama air, sedikit garam dan tiga asam keping. 
  2. Apabila sudah masak, ikan di blend hingga hancur, dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi, kacau/aduk rata hingga air mendidih dan masak. 
  3. Jika sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, belacan dan asam keping, masaklah hingga pekat sedikit. 
  4. Masukkan gula dan garam serta bahan perasa secukup rasa, kacau sehingga rata. 
  5. Kemudian masukkan laksa beras kedalam mangkuk bersama hirisan timun, daun salad, cili merah, bawang merah dan telur rebus. 
  6. Tuangkan kuah laksa dan perahkan air limau nipis. 
  7. Sedia dihidangkan. 
* Saiz hidangan untuk 4 orang
‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...