CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: PERTENGKARAN SEBALIKNYA MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI...

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Saturday 28 January 2012

PERTENGKARAN SEBALIKNYA MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI...

 

Perumpamaannya sangat mudah dan mungkin kedengaran klise. Suami - isteri ibarat gigi ‎dan lidah; bertengkar, bermasam muka (cemberut) dalam rumah tangga, itulah asam garam ‎rumahtangga !!!

Etika dan Peraturan. Bertengkar perlu ada “ etika” dan “peraturan” yang harus dipatuhi.‎ Panduan berikut ini mungkin dapat membantu:‎

‎1.‎ Jika berlaku/terjadi pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan, jangan ‎selalu/asyik hendak menang sahaja. Dua insan berselisih faham karena ada sesuatu ‎yang tidak dipersetujui mereka. Oleh itu, pertengkaran haruslah bertujuan untuk ‎mencari jalan penyelesaian, bukan menang atau kalah.‎

‎2.‎ Jangan bertindak ganas/kasar semasa bertengkar. Elakkan/Hindari daripada memukul, ‎menampar atau menyakitkan fizikal pasangan ketika bertengkar. Kerana jika hal itu ‎berlaku/terjadi, keadaan itu biasanya akan lebih memudaratkan hubungan suami - ‎isteri.‎


‎3.‎ Jangan gunakan kata-kata kesat/kasar yang boleh menyakitkan hati pasangan yang ‎mendengar. Ketika berkasih-kasihan, suami-isteri biasanya menggunakan perkataan ‎yang manis-manis, janganlah pula ketika bertengkar, menggunakan perkataan ‎yang kurang manis/tidak sedap di dengar. Seperti bodoh, bangang/begok atau bebal ‎terhadap pasangan. Gunalah perkataan yang lembut seperti “saya sedih dengan ‎perbuatan abang…” atau “tahu tak, betapa hancurnya hati saya…”‎

‎4.‎ Jika pertengkaran berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal yang lain ‎kerana itu boleh memburukkan keadaan. Carilah penyelesaian bagi isu yang ‎dipertengkarkan, jangan mengaitkan hal lain yang tidak ada kena-‎mengena/perhubungannya.‎

‎5.‎ Elakkan diri keluar rumah selepas/setelah bertengkar. Jangan membiasakan diri ‎menyendiri atau menjauh diri daripada pasangan selepas bertengkar. Jika ini berlaku, ‎boleh menyebabkan hati dan perasaan suami-isteri jadi semakin jauh.‎

‎6.‎ Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar, adik-beradik atau teman terbabit dalam ‎pertengkaran. Campur tangan pihak lain sebenarnya boleh memburukkan keadaan, hal ‎ini menunjukkan bahwa suami-isteri gagal menyelesaikan masalah mereka sendiri. ‎Jalan terbaik, selesaikan secara baik masalah yang berlaku/terjadi antara suami-isteri.‎

‎7.‎ Apabila bertengkar, cubalah elak menyakitkan hati pasangan dengan menyebut hal ‎ehwal keluarganya. Umpamanya, mengungkit latar belakang yang mungkin dari ‎kalangan keluarga miskin dan tidak setaraf. Kata-kata tersebut, memang amat ‎melukakan hati pasangan yang mendengar.‎

‎8.‎ Jangan bertengkar di depan anak kerana ini menjadikan anak bingung dan tertekan.‎ Bertengkarlah di tempat yang tidak di lihat oleh orang lain terutamanya anak-anak. ‎Kerana anak-anak biasanya akan susah hati apabila melihat ibu-bapa mereka ‎bertengkar. Pertengkaran di depan anak-anak juga boleh menjatuhkan kewibawaan ‎ibu-bapa itu sendiri, terutamanya jika anak-anak sudah remaja dan pandai berpikir.‎

‎9.‎ ‎ Jangan mengungkit kisah lama yang barang kali anda berdua pernah berjanji akan ‎melupakannya. Ungkit-mengungkit juga tidak mustahil boleh menyebabkan ‎perhubungan suami-isteri jadi tidak senang/bahagia lagi, apatalagi jika dilafazkan ketika ‎sedang marah.‎

‎10.‎ Selepas/setelah bertengkar dan hati masing-masing sudah sejuk, maka bermaaf-‎maafanlah suami-isteri. Pertengkaran bukan bertujuan mencari musuh atau ‎menambahkan lagi jurang. Maka sewajarnyalah, suami-isteri bermaaf-maafan apabila ‎hati masing-masing sudah dapat menerima kelemahan masing-masing. Siapa dahulu ‎yang harus meminta maaf? Tidak penting, sama ada suami atau isteri yang memulakan ‎meminta maaf. Yang utama, kita semua inginkan kehidupan aman bahagia dan sentosa.‎

"Rumahtangga bahagia, syurga dunia yang membawa ....... ke akhirat !!!"


‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...