CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: January 2014

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Monday 6 January 2014

Doa Tawassul


Kata para arifin billah: doa adalah senjata mukmin, manakala af'allah adalah kesaktian para wali."

Doa tawassul merupakan doa tawajjuh pada Allah SWT yang disertai Rasulullah SAW. Doa ini amat mustajab. Hendaknya digunakan demi untuk kebaikan semata-mata.


(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu dan mengadap padaMu bersama nabiMu Muhammad nabi pembawa rahmat! Ya Muhammad SAW, sesunguhnya aku mengadap bersamamu pada Rabbku, dalam runtunan hajatku agar diperkenankan untukku! Ya Allah, syafa'atkanlah nabiMu untukku!) 
Hadis Rasulullah SAW, dari Uthman bin Hunaif ra menyatakan, bahawa ada seorang yang menderita sakit mata (buta) telah menemui Baginda;

Pintanya: "tolong doakan aku kepada Allah agar aku disembuhkanNya."
Jawab Baginda:"jika kamu mahu aku akan doakan, dan kalau kamu boleh bersabar, hal itu lebih baik bagimu."

Jawab orang itu: "doakan saja wahai Nabi!!!

Kemudian Baginda menyuruhnya supaya berwuduk. Setelah itu di suruh berdoa dengan doa tersebut di atas.

Hadis ini disahihkan oleh al-Baihaqi dengan tambahan, "maka orang itu pun dapat melihat semula."

*[Mustadrak ala shahihain hadits no. 1180, juga riwayat pada Shahih Ibn Hibban hadits no.1219, dan
riwayat dari Imam Nasaei dan Tarmizi. Berkata Imam Hakim, hadits ini memenuhi syarat shahihain Bukhari dan Muslim].

Wallohu 'aklam!!!
‎‎‎

Selawat Nuruzzaati

Selawat Nuruzzaati sangat ringkas dan padat. Selawat ini dinisbatkan pada Syeikh Abu Hassan As-Syazali ra, seorang ahli sufi yang mursyid.

Sayyed Ahmad As-Syawi telah menamakan selawat ini sebagai “Nuruzzaati.”
(Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkahan ke atas junjungan kami Muhammad, cahaya dari zat, rahsia dari yang terahsia, dalam segala nama dan sifat...dan salam ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya).
*Setiap selawat menjadi sempurna apabila diakhiri dengan salam ke atas ahli keluarga Baginda SAW. Justru, sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini, sebaiknya diakhiri dengan "wa-'ala alihi wasoHbihi wasallim."  

‎‎‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...