Friday, 21 June 2013

Yee Mee Kung-fu

Yee Mee Kung-fu juga disebut Yee Mee Kantonis. Masakan ini lebih kepada sayur-sayuran. Saangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nama "kungfu"nya agak aneh, mungkin kerana terlalu enak rasanya!!! Menyediakannya juga mudah. Anda perlu mencubanya !!!

Bahan-bahan:
  • 200 gm yee mee (dicelur air panas & toskan)
  • 2 ulas/siung bawang putih (dikisar)
  • 4 biji cili padi/rawit
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 200 gm isi ayam (dipotong dadu)
  • 5 ekor udang
  • 3 biji cendawan butang (dihiris tipis)
  • 50 gm sawi hijau
  • 2 sdm tepung jagung (dibancuh air)
  • 2 sdm sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 50 ml air garam secukup rasa
 Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan dan bau wangi/harum.
  2. Masukkan ayam, udang, cendawan dan telur, aduk rata-rata.
  3. Tuangkan bancuhan air tepung jagung dan aduk rata.
  4. Setelah itu masukkan sawi hijau, lada hitam dan sos tiram. Biarkan kuahnya menjadi pekat.
  5. Letakkan yee mee diatas pinggan dan tuangkan kuah diatasnya.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
* Saiz hidangan untuk seorang jer !!!
* Hoyong/mau ? bikin sendiri dong !!!

No comments:

Post a Comment