Sunday, 16 June 2013

Kuih Telor Gabus Manis

Bahan-Bahan: ‎
  • 500gm tepung kanji/ubi kayu‎ ‎
  • 6 butir telur‎ ‎
  • 1 bungkus vanili‎ ‎
  • 500gm gula pasir (boleh tukar dengan gula merah) ‎
  • minyak untuk menggoreng ‎
Cara Membuat: ‎ ‎
  1. Tuangkan tepung kanji/ubi kayu ke dalam baskom/bekas besar, kemudian tambahkan 1 bungkus vanili dan 6 butir telur, lalu aduk/kacau ‎hingga adunan menjadi kalis/kental. ‎
  2. Siapkan minyak dingin (minyak yang belum dipanaskan)‎. ‎
  3. Ambil sedikit adunan dan gelintir dengan tangan, buat ukuran yang kecil kerana ketika digoreng ‎adunan akan mengembang. ‎
  4. Panaskan minyak, lalu goreng adunan hingga berwarna kuning kecokelatan. Angkat dan tiriskan.‎ ‎
  5. Lakukan sampai adunan habis seperti cara menggoreng semula (minyak gorengan tidak boleh langsung panas, kerana gorengan akan memercik ‎seperti menggoreng ikan)‎. ‎
  6. Lelehkan/cairkan gula pasir di kuali besar, Aduk lelehan gula pasir pada kuih gorengan yang sudah ditiriskan ‎
  7. Kuih Telur Gabus siap disajikan  

No comments:

Post a Comment