Monday, 15 April 2013

Bubur Ayam Spesial

 
Bubur Ayam Spesial, resepi istimewa, paling digemari oleh kanak-kanak mahu  pun orang dewasa. 

Bahan-bahan:
  • 250 gr beras (basuh hingga bersih)
  • 2 ltr air kaldu/pati ayam
  • 2 helai daun salam
  • 2 sdt garam







Kuah:
  • 1 ekor ayam kampung
  • 750 ml air
  • 1 sdt garam
  • 2 sdm minyak untuk menumis
  • ½ sdt lada putih
  • ½ biji pala
  • 3 sdm kicap manis

Bumbu Yang Dihaluskan:
  • 8 siung bawang merah
  • 3 siung bawang putih
  • 1 cm kunyit
  • 1 sdt biji ketumbar
  • 5 biji buah keras/kemiri

Bahan Hiasan:
  • Ayam goreng, (di siat-siat)
  • 1 btg daun saleri, di hiris tipis
  • 50 gm kacang tanah di goreng
  • 100 grm keropok bawang di goreng

Cara Membuat:
  1. Rebus ayam bersama air dan garam hingga ayam lunak dan empuk, asingkan pati/kaldunya ayamnya.
  2. Bubur nasi: didihkan air pati ayam, lalu masukkan beras, daun salam dan masak hingga beras pecah.
  3. Kemudian masukkan garam, kacau selalu sehingga beras menjadi lembut dan agak pekat. Bila perlu boleh tambahkan air.
  4. Panaskan minyak, tumis bumbu yang dihaluskan tadi hingga harum dan kekuningan lalu masukkan ke dalam rebusan ayam tadi dan masak hingga mendidih..
  5. Seterusnya masukkan biji pala, lada putih, dan kicap manis.
  6. Kacau sehingga sebati.
  7. Bahan hiasan: tuangkan bubur nasi dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah, dan tabur kacang tanah, ayam yang di siat, daun saleri, keropok. tambah sambal (jika perlu).
  8. Sedia untuk dihidangkan.
*Saiz untuk 6 orang


Selamat Mencoba!!!


No comments:

Post a Comment