CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....

CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Tuesday, 1 April 2014

Gulai Isi Kulit Tembikai/Semangka

Tembikai/Semangka (terutama isi kulit yang berwarna putih) memiliki 2 keistimewaan.

1.   Tembikai makanan yang meransang hormon tumbesaran (HGH/human growth hormone). Ia kaya dengan 3 jenis asid amino Arginine, Ornithine dan Lysine yang bertindak meransang dan menambah kadar HGH. Kekurangan HGH boleh melembabkan tumbesaran kanak-kanak. Ketinggian tubuh berkurangan, walaupun tidak begitu ketara sewaktu usia 2-3 tahun. Meskipun perkembangan tumbesaran tubuh dan kecerdikan berfikir tampak normal, namun wajahnya nampak lebih muda dari usia, kadangkala tubuh lebih gemuk dari biasa, akil baligh juga lambat.

2.   Kajian terbaru dari 'Texas A+M Fruit and Vegetable Improvement Center' di College Station mendapati, tembikai (isi kulit berwarna putih) mengandungi zat-zat phyto alami yang mampu meransang tindak-balas dalaman tubuh dan melegakan saluran darah, memberi kesan sepertimana yang dihasilkan oleh Viagra. Ringkasnya, isi kulit berwarna putih pada tembikaiadalah Viagra alami.

Disajikan disini resepi Gulai Isi Kulit Tembikai untuk dicoba.

Bahan-bahannya : ‎
  • Separuh kulit tembikai (buang kulit keras berwarna hijau dibahagian luarnya, isi kulit dibahagian dalam berwarna putih dihiris agak tipis) 
  • 5 biji bawang merah ‎
  • 3 ulas bawang putih 
  • 7 tangkai cili kering (dikisar)
  • 200 ml santan (1 kotak saiz kecil)
  • Sedikit udang kering/Ebi ‎(rendam kedalam air kemudian ditumbuk halus)
  • Sedikit air 
  • Garam (secukup rasa) 
  • Gula melaka (secukupnya)
  • Serbuk perasa (secukupnya)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)‎ 
Cara membuatnya :‎
  1. Kisar/haluskan bawang merah, bawang putih.
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan yang sudah dihaluskan tadi bersama udang kering/ebi.
  3. Dan masukkan cili kisar, tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
  4. Kemudian masukkan isi tembikai dan kacau/aduk hingga sebati.
  5. Setelah itu tuangkan santan dan air, kacau/aduk dan masak hingga mendidih.
  6. Taburkan garam, gula dan ‎serbuk perasa secukup rasa, kacau/aduk dan angkat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencoba !
‎‎‎

Monday, 10 March 2014

Sambal Telur

Bahan-bahan :
  • 8 biji telur ayam (direbus & digoreng seketika)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
Bahan yang dikisar/dihaluskan :
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan yang sudah dihaluskan tadi masak hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, air asam jawa dan sedikit air. kacau/aduk hingga rata.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah direbus dan digoreng tadi, masak hingga mendidih dan menjadi pekat.
  4. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan tambahkan sedikit garam, gula dan sedikit perasa. Aduk hingga rata dan Angkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 4 orang

Selamat mencuba!
‎‎‎

Rendang Daging

Rendang Daging , masakan populer di kalangan masyarakat Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, dan Thailand. Dipercayai masakan ini berasal dari Sumatera, merupakan masakan tradisional Minangkabau.

Rendang disajikan dalam berbagai upacara adat dan majlis istimewa. Teknik memasak dan penggunaan bumbu/rempah terdapat sedikit sebanyak berbeda mengikut daerah tertentu, dan juga citarasa seseorang.

Pada tahun 2011, rendang dinobatkan sebagai hidangan utama dalam daftar World's 50 Most Delicious Foods (50 Hidangan Terlezat Dunia) oleh CNN International.
 
Bahan-bahan :
  • 500gm daging lembu/sapi
  • 3 batang serai (dititik/diketuk)
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar gula Melaka/merah
  • 500ml santan pekat/kental
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • 500ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit bahan perasa
  • Sedikat minyak masak
Bahan yang dikisar/dihaluskan :
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga seketika.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kisar dan serai, tumis hingga naik bau.
  3. Setelah itu masukkan serbuk kari, gula melaka, kerisik dan santan. kacau/aduk hingga rata.
  4. Kemudian masukkan daging dan air, Aduk rata masak hingga mendidih dan daging menjadi lembut.
  5. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz untuk 5 orang

Selamat mencuba!

‎‎‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...