Sunday, 2 June 2013

Pindang Ikan Kembung

Pindang, masakan yang tidak pernah asing dari masyarakat Nusantara dan Malaysia, khususnya rumpun Melayu.

Resepi Pindang juga berbeza, terutama bahan utamanya, mengikut citarasa daerah. Ada resepi pindang dari Ikan  Bandeng/Bolu (Milkfish) yang tersohor dari Jogjakarta, Ikan Patin terutama dari Pahang, Ikan Masrani, Ikan Selar, Ikan Tongkol (Tuna), Ikan Kerisi, Ikan Kakap, Ikan Tenggiri, Ikan Kelah (paling enak !!!), Ikan Talapia,  Ikan Kembung (Mackerel) dan berbagai lagi.

Masakan Pindang akan sentiasa menjadi masakan istimewa !!!


Berikut ini resepi Pindang Ikan Kembung.

Bahan-bahan:
  • 300 gm ikan kembung
  • 10 gm lengkuas (dihiris)
  • 5 gm asam keping
  • 5 gm bawang putih (dikisar)
  • 5 gm bawang merah (dikisar)
  • 5 gm cili padi (dikisar)
  • 5 gm kunyit hidup (dikisar)
  • 1 biji limau nipis
  • 10 gm tomato (dipotong)
  • 20 gm kacang bendi/lady's finger
  • 1 liter air
  • garam secukup rasa
  • sedikit perasa
  • minyak untuk menumis
Cara memasak:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis semua bahan yang telah di kisar sehingga wangi.
  2. Selepas itu masukkan air, asam keping, lengkuas dan ikan kembung, biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan kacang bendi dan biarkan hingga masak.
  4. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Tambahkan jus limau nipis dan buah tomato.
  6. Angkat, sedia untuk di hidangkan.
*Saiz hidangan untuk 2 orang

No comments:

Post a Comment