CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: AYAM PENYET

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Friday, 27 January 2012

AYAM PENYET

Ayam Penyet resepi istimewa, hasil rekacipta dari Indonesia. Di restoran-restoran terkenal Indonesia, pasti mensajikan hidangan istimewa ini. Sebut saja Ayam Penyet, pasti ramai orang yang terbuka selera untuk menikmatinya.

Diperkatakan bahawa Resepi Ayam Penyet dipelopori oleh warga Surabaya, dari gerai Ayam Bakar Wong Solo, sekitar 1992.

Kemudian tersebar keseluruh pelusuk Indonesia; Medan, Aceh, Palembang, Jakarta, Bandung, Purbalingga, Purwokerto, Malang, Balikpapan, Samarinda, dan Banjarmasin. Bahkan di terima dan turut digemari oleh warga Malaysia sebagai resepi istimewa dari Indonesia; gerai Wong Solo juga turut beroperasi di Kuala Lumpur, kotaraya Malaysia. Sekarang, terdapat ratusan ayam penyet dengan berbagai brand/jenama/merek.


Bagi sebahagian orang yang tidak berkesempatan ke Wong Solo atau mana-mana restoran/warung makan, boleh saja membuat sendiri di rumah. Cara paling mudah seperti berikut.

BAHAN A:
  • 1 ketul ayam
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas/siung bawang putih
  • 10 gram buah keras/muncang
  • 10 gram buah ketumbar
  • 1 sdt serbuk/bubuk kunyit
  • sedikit air dan
  • garam secukup rasa
BAHAN B:
  • 4 ulas/siung bawang putih
  • 1 sdt serbuk/bubuk kunyit
  • 1 biji telur
BAHAN SAMBAL PENYET:
  • 7 biji cili merah
  • 3 ulas/siung bawang putih
  • 2 sdm minyak masak
  • Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
  • 1 keping tahu di goreng
  • 1 keping tempe di goreng
  • 2 keping hirisan timun
CARA MEMASAKNYA:
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan A yang diperhaluskan dan kukus hingga masak, ketepikan/dinginkan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama telur serta serbuk/bubuk kunyit.
  3. Kemudian, masukkan ayam kukus tadi dan gaulkan/satukan sehingga rata.
  4. Tutup/matikan api dan panaskan minyak baru dalam kuali/wajan, goreng ayam hingga garing dan masak.
  5. Untuk sambalnya, tumbuk semua bahan dan campurkan dengan sedikit minyak masak.
  6. Siap di hidangkan.
Sekian, dan selamat mencoba !!!


‎‎‎

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...