CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: SIKAP MEMBERI DAN MENERIMA

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Monday, 30 January 2012

SIKAP MEMBERI DAN MENERIMA




Kehidupan berumahtangga ibarat suatu pelayaran. Tidak selalunya manis; banyak cabaran, banyak ‎dugaan yang akan terus mengiringi. Semakin bertambah usia perkahwinan, semakin berbagai ragam gelora ‎cubaan yang bakal dilalui. ‎

Sebagai isteri atau suami, setiap pasangan perlu mengambil langkah terbaik demi ‎mempertahankan perkahwinan, kerana perkahwinan ibarat masjid yang dibina perlu ‎dihias, diperteguh dan dilindungi bersama !!!‎




Mungkin pandangan-pandangan di bawah ini dapat membantu pasangan melalui kehidupan seharian dalam mahligai berumahtangga dengan lebih bermakna:‎
  1. ‎Setiap pernikahan perlu berlandaskan NIAT yang teguh, iaitu berkahwin kerana Allah, ‎sehingga ikhlas menerima ketentuanNya, buruk baik apapun jua. Justru, ‎sematkan di hati dan fikiran bahwa menikah adalah IBADAH.‎
  2. Sebelum melayari ke gerbang perkahwinan, masing-masing harus memastikan tidak ada ‎rahsia terpendam yang perlu ditakutkan, iaitu rahsia peribadi yang bakal menjadi racun berbisa kepada perkahwinan di kemudian hari nanti.‎
  3. Jangan berbohong disebabkan hanya ingin berkahwin dengan orang yang dicintai, kerana kebohongan ‎yang disimpan sepandai dan serapi mana pun akan diketahui juga akhirnya.‎
  4. ‎Jika sebelum berkahwin sudah sering terlihat sifat-sifat dan kelakuan calon pasangan yang ‎bertentangan, maka jangan terlalu berharap sifat dan kelakuan tersebut akan hilang setelah ‎pernikahan, kerana biasanya sesudah menikah sikap dan kelakuan tersebut akan keluar semuanya. ‎Umpamanya, laki-laki yang suka ringan tangan, mustahil tidak akan memukul isteri ‎apabila berumahtangga nanti.‎
  5. Sebaliknya, berhati-hatilah terhadap orang yang begitu sempurna yang memiliki sifat mengalah ‎yang luar biasa, kerana kemungkinan apabila sudah menjadi seorang suami belangnya baru ‎kelihatan dan anda akan “shock” menghadapi kenyataan itu.‎
  6. ‎Pernikahan memuliakan sikap Memberi dan Menerima; tidak harus wujud sikap berhitung kerana cintakasih sayang adalah perasaan bukan boleh diperkirakan dengan ‎matematik. Selama kita berpegang pada prinsip berkahwin kerana menuntut kerezaan Allah, maka kita tidak akan ‎menghitung Untung dan Rugi, bahkan saat rumahtangga di goncang akan lebih tabah dan ‎yakin Tuhan punya rancangan yang baik buat kita sehingga kita mampu mengambil hikmah ‎dari setiap peristiwa.‎
  7. ‎Pernikahan melibatkan dua insan yang berbeza latar belakang, berbeza citarasa, bukannya mudah. Ia ‎memerlukan sifat kedewasaan, kejujuran, keikhlasan, kesungguhan dan komitmen untuk ‎mampu melaluinya. Pasangan dalam perkahwinan juga merupakan satu bahtera pelayaran ‎yang mempunyai nakhoda dan kemudi, perlu tujuan yang sama dan harmonis; jangan nakhoda mahu ‎menuju ke suatu arah dan kemudinya menjurus ke arah lain.‎
  8. ‎Jika kehidupan perkahwinan mulai suram, cuba lakukan “Refreshing” lebih banyak luangkan masa berdua-‎duaan, cuba lakukan aktiviti romantis seperti yang pernah dilakukan saat-saat cinta ‎mekar berbunga.
  9. ‎Selalu amat-amati diri sendiri; tanda-tanda yang membuat pasangan terpikat pada diri anda di ‎waktu dulu, pertahankan kualiti itu sebaik mungkin. Umpamanya, jika suami menyukai anda kerana Kecantikan ‎dan Kesegaran, maka sebagai isteri wajib memelihara Kecantikan dan Kesegaran anda..... ‎.banyakkan bersenam, menghias diri agar kecantikan dan kesihatan anda juga terus terpelihara.‎ Demikian juga pada suami.
  10. Kita tidak boleh mengabaikan faktor biologi dalam perkahwinan. Umumnya, fikiran dan fizikal wanita lebih ‎cepat dewasa berbanding lelaki pada usia yang sama. Seandainya usia wanita lebih tua, ‎harus berhati-hati kerana anda sudah memilih untuk menghadapi kemungkinan yang tidak ‎menyenangkan…. Bayangkan apabila seorang lelaki masih mampu menikmati hubungan ‎seks sampai usia berapa pun, sementara wanita lebih cepat pudar hasrat seksualnya. Jadi ‎kalau berkahwin dengan lelaki yang lebih muda, pastikan anda memiliki hal-hal istimewa ‎lain yang mampu menambat hati suami. ‎
“Berhati-hatilah! Sesungguhnya setiap raja itu mempunyai taman larangannya sendiri, ‎sedangkan taman larangan Allah SWT itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya.”‎
-‎ Hadis Rasulullah SAW

‎‎‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...