Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.
Tuesday, 31 January 2012
Monday, 30 January 2012
SIKAP MEMBERI DAN MENERIMA
Kehidupan berumahtangga ibarat suatu pelayaran. Tidak selalunya manis; banyak cabaran, banyak dugaan yang akan terus mengiringi. Semakin bertambah usia perkahwinan, semakin berbagai ragam gelora cubaan yang bakal dilalui.
Sebagai isteri atau suami, setiap pasangan perlu mengambil langkah terbaik demi mempertahankan perkahwinan, kerana perkahwinan ibarat masjid yang dibina perlu dihias, diperteguh dan dilindungi bersama !!!
Saturday, 28 January 2012
PERTENGKARAN SEBALIKNYA MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI...

Perumpamaannya sangat mudah dan mungkin kedengaran klise. Suami - isteri ibarat gigi dan lidah; bertengkar, bermasam muka (cemberut) dalam rumah tangga, itulah asam garam rumahtangga !!!
Etika dan Peraturan. Bertengkar perlu ada “ etika” dan “peraturan” yang harus dipatuhi. Panduan berikut ini mungkin dapat membantu:
1. Jika berlaku/terjadi pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan, jangan selalu/asyik hendak menang sahaja. Dua insan berselisih faham karena ada sesuatu yang tidak dipersetujui mereka. Oleh itu, pertengkaran haruslah bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian, bukan menang atau kalah.
2. Jangan bertindak ganas/kasar semasa bertengkar. Elakkan/Hindari daripada memukul, menampar atau menyakitkan fizikal pasangan ketika bertengkar. Kerana jika hal itu berlaku/terjadi, keadaan itu biasanya akan lebih memudaratkan hubungan suami - isteri.
Friday, 27 January 2012
AYAM PENYET
Ayam Penyet resepi istimewa, hasil rekacipta dari Indonesia. Di restoran-restoran terkenal Indonesia, pasti mensajikan hidangan istimewa ini. Sebut saja Ayam Penyet, pasti ramai orang yang terbuka selera untuk menikmatinya.
Diperkatakan bahawa Resepi Ayam Penyet dipelopori oleh warga Surabaya, dari gerai Ayam Bakar Wong Solo, sekitar 1992.
Kemudian tersebar keseluruh pelusuk Indonesia; Medan, Aceh, Palembang, Jakarta, Bandung, Purbalingga, Purwokerto, Malang, Balikpapan, Samarinda, dan Banjarmasin. Bahkan di terima dan turut digemari oleh warga Malaysia sebagai resepi istimewa dari Indonesia; gerai Wong Solo juga turut beroperasi di Kuala Lumpur, kotaraya Malaysia. Sekarang, terdapat ratusan ayam penyet dengan berbagai brand/jenama/merek.