CITARASA KEHIDUPAN (Alarin)....: June 2013

Blog perihal mewarnai kehidupan dengan # Resepi-resepi masakan istimewa dari serata negara di dunia # Perkembangan fesyen dan design yang up-to-date # Tip-tip Kerukunan Rumahtangga # Tip-tip Kesihatan # Tip-tip Kecantikan.

GALERI MASAKAN


  • BANANA MILKSHAKE

    Penuh Khasiat
  • KARIPAP

    DESCRIPTION HERE
  • ROLADE DAGING

    DESCRIPTION HERE
  • SUP AYAM ASAM KERING

    DESCRIPTION HERE
  • SAMBAL KARI IKAN KEMBONG

    DESCRIPTION HERE
  • RENDANG HATI LEMBU/SAPI

    Rasa Menyelerakan
  • MEE YEE KUNG-FU

    Enak
  • MEE HAILAM

    Enak
  • Natto

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

    Kayang Soya Peram Yang Tinggi Zat Manganese
  • Kacang Telur Manis

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Kuih Sugi/Makmur

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Dumpling

    Kuihmuih Untuk Hari Raya
  • Tat Nenas Simple

    Kuihmuih Untuk Hari Raya

Sunday 30 June 2013

Sup Ayam Asam Keping (Gelugur)

Sup ini sengaja di campur dengan asam keping (gelugur) bertujuan memberi rasa asam dan lebih menyelerakan, terutama bagi wanita yang sedang hamil.

Bahan-Bahan:
  • 500 gm ayam (dipotong & dibersihkan)
  • 5 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2 batang lobak merah/wortel (di potong bulat)
  • sedikit kobis (di hiris kasar)
  • 1 sdm rempah sup
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
‎‎‎

Sambal Kari Ikan Kembung


Bahan-bahan:
  • 6 ekor ikan kembung
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdm serbuk kari daging
  • 1 sdm cili giling
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji limau kasturi
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit air
  • serbuk perasa secukupnya
  • minyak masak

‎‎‎

Friday 21 June 2013

Rendang Hati Lembu/Sapi


Rendang,  tidak sah menyambut Lebaran tanpa Rendang. Rendang selalunya di makan bersama lemang, ketupat atau pun nasi.   

Bahan-Bahan:

  • ‎300 gm hati lembu (dihiris nipis) ‎
  • 1/2 cawan cili kisar‎ ‎
  • 2 sudu besar kerisik‎ ‎
  • 1 cawan santan pekat‎ ‎
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus) 
Bahan Di Kisar:‎ ‎
  • 7 ulas/siung bawang merah‎ ‎
  • 3 ulas/siung bawang putih‎ ‎
  • 2 batang serai (dititik/diketuk)‎ ‎
  • 2 sm lengkuas‎ 
‎‎‎

Yee Mee Kung-fu

Yee Mee Kung-fu juga disebut Yee Mee Kantonis. Masakan ini lebih kepada sayur-sayuran. Saangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nama "kungfu"nya agak aneh, mungkin kerana terlalu enak rasanya!!! Menyediakannya juga mudah. Anda perlu mencubanya !!!

Bahan-bahan:
  • 200 gm yee mee (dicelur air panas & toskan)
  • 2 ulas/siung bawang putih (dikisar)
  • 4 biji cili padi/rawit
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 200 gm isi ayam (dipotong dadu)
  • 5 ekor udang
‎‎‎

Mee Hailam

Mee Hailam adalah masakan mee ala cina. Masakan ini popular antara masakan mee. Terjual hampir di mana-mana jua restoran/rumah makan di Malaysia.

Cubalah, terutama di waktu "lunch" pasti menyelerakan. 

Bahan-bahan:
  • 250 gm mee kuning (dicelur air panas & toskan)
  • 100 gm isi ayam (dipotong kecil)
  •  4 ekor udang
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris kecil)
  • 30 gm lobak merah/wortel (dihiris kecil)
  • 3 ulas/siung bawang putih (dihiris halus)
  • 5 batang jagung muda (dihiris halus)
‎‎‎

Sambal Udang/Udang Balado/Udang Masak Merah

Bahan-bahan:
  • 500 gm udang sederhana besar (dibelah belakang & dibersihkan)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 2.5 sm halia/jahe (dikisar)
  • 2 sdm sos cili
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 sdm pes asam jawa (dibancuh sedikit air)
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa secukupnya
  • minyak masak
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
  2. Tuangkan sedikit air asam jawa dan aduk rata.
  3. Masukkan udang dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Masak hingga matang dan kuahnya menjadi sedikit pekat, angkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 * Saiz hidangan untuk seorang jer !!!

‎‎‎

Kacang Telur Manis

Kacang memang banyak khasiatnya di segi kesihatan. Sudah menjadi bahan makanan yang di olah dalam berbagai cara dan rupa. Menjadi kegemaran warga masyarakat berbilang kaum dan bangsa.

Seiring dengan ini diberbagikan resepi Kacang Telur Manis sebagai juadah yang tidak pernah ketinggalan sewaktu merayakan Lebaran.     

Bahan-Bahan:
  • 500 gm kacang tanah (dibuang kulit)
  • 450 gr tepung gandum/terigu
  • 200 gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1 sdt garam halus
  • ½ sdt vanili
  • 1 kg minyak masak/goreng
‎‎‎

Kuih Sugi/Makmur

Kuih Sugi/Makmur/Putri Salju

Bahan-Bahan:
  •  ‎450 gm minyak sapi ( saya guna jenis QBB ) ‎
  •  ‎700 gm tepung gandum/terigu (diayak terlebih dahulu) ‎
  •  ‎1 biji telur ‎
  •  ‎1 sudu besar gula halus/kastor ‎
  •  ‎1 mangkuk kecil gula halus/kastor (untuk hiasan)
‎‎‎

Thursday 20 June 2013

Dumpling

Dumpling tidak asing pada masyarakat Barat, Afrika, Eropah, Timur Tengah, Asia Tenggara, bahkan di serata negara di dunia. Masyarakat cina juga sangat menggemarinya.

Adunannya berbeza-beza mengikut citarasa negara. Ada yang menjadikan sebagai sup, dan ada sebagai sajian kueh. Kini, ia menjadi salah satu dari makanan warga Malaysia dan Indonesia. 

Berikut ini resepi gaya kueh Dumpling.

Bahan Kulit:
  • 200 gm tepung gandum/terigu
  • 1/2 sdt garam
  • air secukupnya
‎‎‎

Tat Nenas Simple

Di Malaysia dikenali sebagai Tat Nenas. Di Indonesia di sebut Kue Nastar aja. Paling laris dan digemari oleh kedua-dua warga negara. Setiap bulan Ramadhan, setiap Lebaran, pasti ada Tas Nenas/Kue Nastar ini.   

Bahan-Bahan:
  • 250 gm mentega
  • 20 gm gula icing
  • 1 kuning telur
  • 350 gm tepung gandum
  • 2 sdm tepung kastad
  • 2 sdm tepung susu
  • 1 kuning telur (untuk disapukan pada tat)
Bahan Jem:
  • 2 biji buah nanas (dikisar)
  • 200 gm gula
  • 2 kuntum bunga cengkih
‎‎‎

Tuesday 18 June 2013

Popiah Basah

Sajian Popiah Basah antara menu ketika berbuka puasa amat menyelerakan. Resepi ini sering di jual di pasar Ramadhan. Popiah terdiri dari beberapa jenis. Ada Popiah Kering, Popiah Sambal Pedas, Popiah Tomyam, Popiah Nestum, Popiah Serunding dll.

Popiah agak berbeza dengan Risol di Indonesia, di mana inti Popiah adalah ramuan dari beberapa bahan sayur-sayuran.     

Berikut ini adalah resepi Popiah Basah yang sangat laris di jual di pasar-pasar, warung-warung di  bulan Ramadhan..

Bahan Utama:
  • 8 keping kulit popiah basah 
‎‎‎

Steam Tofu Sayur

Tofu Sayur yang di steam juga dipercayai berasal dari jenis masakan cina muslim di Malaysia. Sering menjadi resepi untuk bulan Ramadhan.

Bahan-bahan:
  • 1 ketul tofu jepun (kukus selama 20 minit)
  • 2 ulas/siung bawang putih (dikisar/dihaluskan)
  • 3 ulas/siung bawang merah kecil (dikisar)
  • 2 sdm cili boh/cabai giling
  • 1 keping tempe (dipotong kecil & digoreng)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
  • 10 gm isi ayam
  • 1 biji cili benggala/paprika merah (dipotong kecil)
  • 1 biji cili benggala/paprika hijau (dipotong kecil)
  • 1/2 sdt tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • minyak masak untuk menumis
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
‎‎‎

Udang Goreng Mentega

Udang Goreng Mentega juadah yang menyelerakan sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan. Bukan sahaja di bulan puasa, bahkan di hari-hari biasa juadah ini sentiasa digemari. Paling sesuai di makan waktu 'lunch', rangup dan enak.

Resepi ini dipercayai berasal dari jenis makanan cina muslim. Bahan-bahannya juga simple untuk disediakan.   

Bahan-bahan:
  • 200 gm udang harimau (digoreng terlebih dahulu)
  • 250 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sdm minyak masak
  • 5 biji cili padi/cabai kecil/cabai melaka/cabai rawit
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sdm gula pasir
‎‎‎

Sunday 16 June 2013

Kuih Nastar Nanas

Kuih Nastar Nanas Spesial

Bahan Bahan: ‎
  • 300 gm margarine ‎
  • 2 butir kuning telur ‎
  • 1 biji telur ‎
  • 1 sdt serbuk vanili ‎
  • 100 gm keju cheddar parut ‎
  • 300 gm tepung terigu/gandum rendah protein ‎
Bahan Inti Selai/Jem Nenas: ‎
  • 1 buah nenas (diparut)
  • gula pasir secukupnya ‎
  • 1 batang kulit kayu manis
‎‎‎

Kuih Ros (Kue Kembang Goyang)

Kuih Ros atau Kuih Kembang Goyang (Ind), popular dikenal dengan nama Kue Lembang Goyang di Pulau Jawa Indonesia. Kuih Loyang di ‎Sumatera dan juga Malaysia.

Merupakan salah satu kuih tradisional nusantara yang popular disajikan sebagai kuih lebaran ‎untuk ahli keluarga dan tetamu yang bersilaturahmi.

Rasanya renyah/rangup dan gurih. ‎ Sementara bagi masyarakat Bali, khususnya pemeluk agama Hindu, biasanya memakai kue kembang ‎goyang ini sebagai salah satu isi sajian di hari keagamaan.‎

‎‎‎

Kuih Telor Gabus Manis

Bahan-Bahan: ‎
  • 500gm tepung kanji/ubi kayu‎ ‎
  • 6 butir telur‎ ‎
  • 1 bungkus vanili‎ ‎
  • 500gm gula pasir (boleh tukar dengan gula merah) ‎
  • minyak untuk menggoreng ‎
Cara Membuat: ‎ ‎
  1. Tuangkan tepung kanji/ubi kayu ke dalam baskom/bekas besar, kemudian tambahkan 1 bungkus vanili dan 6 butir telur, lalu aduk/kacau ‎hingga adunan menjadi kalis/kental. ‎
  2. Siapkan minyak dingin (minyak yang belum dipanaskan)‎. ‎
  3. Ambil sedikit adunan dan gelintir dengan tangan, buat ukuran yang kecil kerana ketika digoreng ‎adunan akan mengembang. ‎
  4. Panaskan minyak, lalu goreng adunan hingga berwarna kuning kecokelatan. Angkat dan tiriskan.‎ ‎
  5. Lakukan sampai adunan habis seperti cara menggoreng semula (minyak gorengan tidak boleh langsung panas, kerana gorengan akan memercik ‎seperti menggoreng ikan)‎. ‎
  6. Lelehkan/cairkan gula pasir di kuali besar, Aduk lelehan gula pasir pada kuih gorengan yang sudah ditiriskan ‎
  7. Kuih Telur Gabus siap disajikan  
‎‎‎

Kuih Telor Gabus Masin


Bahan-Bahan:
  • 350 gm tepung kanji/ubi kayu
  • 3 biji telur (dipukul/dikocok) ‎
  • 1/4 sdt garam
  • minyak untuk menggoreng. ‎
Cara Membuat: ‎
  1. Campur tepung kanji/ubi kayu dan garam. Aduk rata. ‎
  2. Masukan telur sedikit demi sedikit sambil diuleni/di uli dengan tangan hingga terbentuk adunan yang kalis/kental. ‎
  3. Ambil secubit adunan, bentuk menggunakan kedua telapak tangan hingga berbentuk bulat ‎panjang.
  4. Masukkan hasilnya ke dalam wajan/kuali berisi minyak yg belum dipanaskan/dingin. ‎
  5. Letak kuali tersebut diatas api sederhana, goreng hingga masak berwarna kuning ‎kecokelatan. Angkat, tiriskan. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.
  7. Simpan di dalam stoples/wadah kedap udara. ‎
Tips: Jangan menggoreng kuih ini langsung ke dalam minyak panas, kerana kuih tersebut akan meletus.


‎‎‎

Kacang Goreng

Kacang Goreng. Cemilan No. 1 paling popular di Hari Lebaran. Hampir dimana-mana saja kelihatan dijual/dijajan dipasar, digerai, atau diwarung pada sepanjang  bulan Ramadhan.

Bahan-bahan:

• ‎500gm kacang tanpa kulit
• ‎15-20 ulas/siung bawang putih
  (diblender dengan sedikit air dan sedikit garam)
• ‎20 ulas/siung bawang putih (dihiris) ‎
‎• Air
• Minyak untuk menggoreng.


‎‎‎

Kuih Biji Ketapang Manis

Kuih Biji Ketapang Manis, kuih yang sering menjadi cemilan 'popular' di Hari Lebaran pada warga Indonesia.

Di Malaysia, kuih ini dikenali sebagai Kuih Gunting Manis, dan pada masyarakat India yang merupakan sebahagian dari warga Malaysia, kuih ini di sebut juga Muruku Gunting Manis.

Kuih ini bukannya di buat dari bahan biji ketapang, tetapi cuma nama kuih. Mungkin kerana bentuk kuih ini seperti biji ketapang, maka ianya di sebut begitu.  
‎‎‎

Opor Ayam Pedas

Opor Ayam, masakan tradisional istimewa di kalangan masyarakat Indonesia, lebih khusus di Pulau Jawa.

Opor Ayam memang lazat, merupakan menu special di Hari Lebaran/Raya. Masakan ini juga tidak asing pada masyarakat Malaysia, disebabkan ramai warga Malaysia berketurunan dari Pulau Jawa sejak beratus tahun dahulu.

Opor Ayam, sepertimana rendang ayam atau rendang daging, selalunya digandingkan dengan sajian ketupat di setiap Hari Lebaran/Raya.


Berikut ini resepi Opor Ayam Pedas.
‎‎‎

Friday 14 June 2013

Kacang Salut Telur Goreng Gurih

Sejenis cemilan yang digemari oleh ramai orang. Memakannya menjadi leka dan tidak jemu. Cuma, jangan lupa menyediakan minuman yang dingin kerana memakan cemilan kekacang akan menyebabkan rasa dahaga.

Popular sebagai salah satu menu di Hari Lebaran.

Bahan-bahan:
  • 400 gm kacang tanah (dibuang kulitnya)
  • 10 siung/ulas bawang putih (dihaluskan)
  • 200 ml santan kental
  • 350 gm tepung kanji /tepung ubi kayu
  • 85 gm tepung maizena
  • 2 sdt garam
  • 1/4 sdt biji ketumbar (disangrai/digoreng tanpa minyak)
  • 2 butir kemiri/buah keras (ditumbuk & disangrai/digoreng tanpa minyak)‎
  • 3 butir kuning telur
  • 1 butir telur
  • 200 ml air
  • 1 sdm gula pasir
  • 750 ml minyak goreng/minyak masak.
‎‎‎

Thursday 13 June 2013

Sarapan ala Afghan: Simple, Nice & Tasty !!!



Ini adalah salah satu dari menu sarapan ala Afghanistan. Simple and stylo. Dapatnya dari Afghan Cuisine.

Telur di goreng dalam wadah dari hirisan cili benggala/paprika merah, kuning atau hijau. Pilihan ikut citarasa masing-masing.   

Seperti biasa, telur yang telah di goreng ditaburi dengan garam dan lada hitam. Boleh juga di tabur cebisan/hirisan daun parsley/sup, atau serbuk daun kering oregano, pudina atau kemangi.

Di iringi dengan 2-4 keping roti sudah memadai untuk sarapan.

Selamat mencoba.

‎‎‎

Sunday 2 June 2013

Kuey Teow Udang Basah

Kuey Teow basah menjadi istimewa, enak rasanya apabila bahannya digandingkan dengan udang. Selalunya udang yang digunakan bersaiz agak besar atau sederhana besar.

Kuey Teow basah adalah resepi yang sudah lama diwarisi turun temurun oleh masyarakat Melayu, India dan Cina di Malaysia. Kuey Teow adalah masakan yang berasal dari negeri China. Selalunya di jual di restoran-restoran Cina, India, dan Melayu.

Kuey Teow basah berbeza dari char kuey teow yang lebih mirip kepada masakan ala Thailand di mana resepinya menggunakan sos yang khusus. Char Kuey Teow adalah variasi dari masakan kuey teow, sangat enak, merupakan resepi baru, dan sangat popular di Malaysia dewasa ini. 
‎‎‎

Asam Pedas Daging Tetel

Daging tetel ialah daging lembu/kambing yang di cincang atau di potong kecil-kecil. Mungkin di sebut daging urat di Kelantan. Resepi Asam Pedas Daging Tetel sangat popular di negeri Melaka dan juga Johor, Malaysia.

Daging yang perlu di cincang kecil-kecil ini selalunya dari jenis yang liat-liat, berurat, bahagian-bahagian tendon, ligamen, sendi tulang dan sebagainya. Oleh itu, perlu di cincang kecil-kecil, perlu di rebus lebih lama, untuk mengelaki dari ia masih liat dan sukar untuk di kunyah. Namun, apabila benar-benar empuk, daging tetel sentiasa enak di makan. Kekadang, terasa macam getah lembut atau chewing gum !!!
‎‎‎

Asam Pedas Ikan Jenahak/Jenahar

Asam Pedas sangat sinonim dengan masyarakat Minangkabau dan Melayu, Indonesia dan Malaysia. Rasanya harus berasam dan pedas.  Di Thailand dikenali sebagai "Kaeng som." Di India, hidangan yang hampir sama dikenali sebagai "Macher tak."

Resepi asam pedas juga berbagai variasi, mengikut citarasa setempat.

 ikan yang menjadi pilihan tidak kira samada ikan air masin atau ikan air tawar. Kebiasaannya, ikan yang menjadi pilihan ialah ikan pari, ikan parang, ikan kurau, ikan tenggiri, ikan merah, ikan terubuk, ikan kembung, ikan jenahak, dan lain-lain lagi.
‎‎‎

Pindang Ikan Kembung

Pindang, masakan yang tidak pernah asing dari masyarakat Nusantara dan Malaysia, khususnya rumpun Melayu.

Resepi Pindang juga berbeza, terutama bahan utamanya, mengikut citarasa daerah. Ada resepi pindang dari Ikan  Bandeng/Bolu (Milkfish) yang tersohor dari Jogjakarta, Ikan Patin terutama dari Pahang, Ikan Masrani, Ikan Selar, Ikan Tongkol (Tuna), Ikan Kerisi, Ikan Kakap, Ikan Tenggiri, Ikan Kelah (paling enak !!!), Ikan Talapia,  Ikan Kembung (Mackerel) dan berbagai lagi.

Masakan Pindang akan sentiasa menjadi masakan istimewa !!!

‎‎‎

Pajeri Nenas

Pajeri adalah salah satu masakan tradisional masyarakat Melayu dan Nusantara.

Olahan bahan utamanya juga boleh berbeza, mengikut citarasa masyarakat yang berbeza tempat atau daerah. Bahan utama yang kerapkali menjadi hidangan ialah Nenas. Ada juga resepi pajeri bahan utamanya dari terung, mangga muda, kedondong muda, rebung muda, dan sebagainya.

Bahan utama ini tidak langsung di makan segar. Malah di olah bersama dengan rempah ratus dan santan. Maka resepi ini dinamakan Pajeri.

Pajeri juga menjadi salah satu hidngan sampingan dalam acara-acara resepsi atau majlis-majlis resmi lain.Di bawah ini adalah Resepi Nenas yang biasa dihidangkan dalam majlis resepsi masyarakat di Malaysia.
‎‎‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...